
Keampunan kepada orang berdosa adalah seperti air kepada ikan dan juga makanan kepada orang yang tak makan 3 hari. Manusia tidak dapat lari daripada kesalahan kerana merka diciptakan dalam keadaan lemah. Sungguhpun demikian, Allah s.w.t. tidak mendatangkan kekukaran bagi sekalian manusia.
Firman Allah : "Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu." (Al-Baqarah : 185)
Allah yang Maha Pengampun berfirman lagi : "Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan." (An-Nur : 31)
Cuba kita renungi ayat di atas, Allah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang bertaubat dan kita semua tahu yang sebenar-benar janji adalah janji Allah. Allah berfirman dalam At-Tahrim, ayat 8 : "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang menyucikan diri."
Kita sebagai manusia ini suka sangat kalau orang suka dan sayang kepada kita, apa lagi jika Allah yang Maha Tinggi suka kat kita yang lemah ni. Ana pernah came across hadith ni yang ada menyebut, " Jika Allah sayang kat kita, para malaikat pula akan memberitahu penghuni dunia dan penghuni dunia akan sayang kat kita." Rasulullah s.a.w. bersabda : "sekalian anak Adam tidak sepi dari kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang lekas bertaubat."
"Dan mereka yang apabila telah melakukan perbuatan keji ataupun menganiayai dirinya, lalu mereka mengingati Allah dan memohon keampunan terhadap dosa-dosanya."
"Katakanlah "Hai hamba-hambaku yang melanggar batas hingga merugikan diri sendiri, janganlah berputus asa atas rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa kerana Ia Maha Pengampuan, Maha Penyayang"."
Sesungguhnya Allah Azzawajallah itu membuka tangan selebar-lebarnya untuk menerima taubat orang yang bebuat jahat di waktu malam sehingga siangnya, dan menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu siang sehingga malamnya. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari barat (yakni Hari Qiamat).
Rasululllah s.a.w. sentiasa mengingatkan umatnya supaya merebut peluang bertaubat yang sentiasa terbuka luas, namun ia ada tempoh akhirnya, maka rayuan dan rintihan manusia tidak dilayan lagi. Sabda Baginda s.a.w. : "Sesungguhnya Allah s.w.t akan menerima taubat hamba-Nya selama roh belum sampai ke ghar-gharah (hampir nazak)"
Alhamdulilllah - Tuhan dan Rabb kita sangat pengasih dan penyayang - sanggup memaafkan kita yang banyak berdosa dan daif ini.
- "(Tuhan itu) Maha Pengampun dosa dan Penerima Taubat" (Al-Mu'min : 3)
- "Dan ialah (Allah) yang menerima taubat dari hambaNya dan mengampuni segala kesalahan"
- "Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amalan usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih"
Cukuplah setakat ini, cuma pesanan ana kepada semua terutamanya diri sendiri, rebut-rebutlah peluang keemasan bertaubat sebelum tibanya waktu pintu taubat kita tertutup. Ana akhiri dengan sebuah doa...