Soalan:
Bagaimanakah cara mandi wajib yang sebaiknya, maksud saya adakah dengan meratakan air terlebih dahulu? Dan bolehkah kita mandi wajib dengan air yang ditakungkan di dalam kolah yang tidak cukup 2 kolah, tetapi dalam masa yang sama air paip dibenarkan mengalir terus ke dalamnya?
Jawapan:
Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaiman yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi
- Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar.
- Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
- Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
- Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan di basuh selepas mandi nanti.
- Membasuh keseluruhan rambut dikepala.
- Membasuh kepala beserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali cebokan air.
- Menjirus air keseluruhan bahagian badan di sebelah lambugn kanan dari atas sampai ke bawah.
- Menjirus air keseluruhan bahagian badan di sebelah lambugn kiri dari atas sampai ke bawah.
- Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
- Membasuh kaki.