AHLAK TANG TERPUJI

AKHLAK YANG TERPUJI

Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat asasi bagi risalah Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam hadithnya :

"إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق"

"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk mnyempurnakan akhlak manusia"(Hadith sohih yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, Hakim, At-Tabarani dan Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" daripada Abu Hurairah)
Firman Allah swt yang bermaksud :"Orang-orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh membuat yang maaruf, dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan"(Al-Hajj: 41)
Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil daripada iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai akhlak. Inilah yang dibayangkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya sewaktu beliau ditanya "Apakah Deen itu?" beliau menjawab dengan sabdanya :

"حسن الخلق"

Baginda juga pernah ditanya "Apakah kecelakaan itu?" Baginda menjawab dengan sabdanya :

"سوء الخلق"

Akhlak juga merupakan amalan yang paling berat yang diletakkan dalam neraca timbangan bagi setiap hamba di hari pembalasan kelak. Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisab.

Rasulullah saw telah bersabda :" Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia "(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi daripada Abu Darda- Hadith Hassan Sohih)
Dalam Islam akhlak merupakan intipati bagi segala ibadah. Tanpa akhlak ibadah hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah. Berhubung dengan solat umpamanya Allah swt berfirman :

"إن الصلوة تنهى عن الفحشاء والمنكر"
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar "(Al-Ankabut :45)

Rasulullah saw bersabda :
" Sesiapa yang tidak dapat dihalang oleh solatnya daripada melakukan perkara jahat dan mungkar, beliau adalah bertambah jauh dari Allah swt"

Oleh yang demikian, kita selaku generasi pewaris para An-biya' seharusnya memastikan akhlak yang ada pada diri kita merupakan akhlak seorang muslim yang sejati. Sepertimana apa yang telah digariskan oleh Ustaz Fathi yakan dalam kitabnya :-Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubha.

Kita perlu menjauhkan diri kita dari perkara-perkara yang meragukan akan halal dan haramnya supaya tidak terjebak dengan perkara syubha. Rasulullah saw telah bersabda " Barangsiapa yang menjauhi syubha bererti beliau telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubha bererti beliau telah jatuh ke dalam perkara yang haram."

-Menundukkan pandangan. Sentiasa menjaga pandangan dari perkara yang di haramkan oleh Allah swt, kerana dengan pandangan itu akan menimbulkan syahawat dan mendorong manusia ke lembah maksiat dan dosa.

-Memelihara lidah. Lidah perlu dipelihara daripada perkataan yang kotor, dan kalimah-kalimah yang keji. Kerana lidah badan binasa, kerana lidah putus saudara, kerana lidah kita mendapat dosa, dan kerana lidah juga kita mendapat manfaat, kerana lidah kita mendapat pahala. Oleh itu peliharalah lidah dan percakapan dari perkara yang dimurkai oleh Allah swt. Rasulullah saw telah bersabda : "Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka bercakap kotor dan keji"

-Malu. Malu adalah cabang daripada Iman. Namun malu kita mestilah bertempat. Malu tidak menghalang kita untuk berkata benar. Dalam hubungan sifat malu ini ulamak telah mengatakan :"Sifat malu pada hakikatnya ialah suatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalang diri daripada mencuaikan hak orang lain".

-Lemah lembut dan Sabar. Membawa amal islami bukan suatu perkara yang mudah dan ia menuntut kepada kesabaran, kerana dakwah kepada amal islami penuh dengan perkara-perkara yang tidak digemari, memerlukan mujahadah, kesusahan, keperitan penindasan, tuduhan-tuduhan. Semua perkara ini menuntut kepada kita sifat lemah lembut dan bersabar.

-Bersifat benar dan Jujur. Sabda Rasulullah saw :" Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa kesyurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang itu akan terus berdusta sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

-Tawaduk. Islam tidak menilai pangkat, darjat, kedudukan, dan kekayaan. Tidak ada yang membezakankan manusia itu melainkan ketaqwaan mereka kepada Allah swt. Rasulullah saw sentiasa meminta dijauhkan daripada sifat takabbur dan rasa berbangga diri. Rasulullah saw telah bersabda : "Tidak akan di masukkan syurga orang yang ada di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takabbur " – Hadith riwayat Muslim.
-Menjauhi Perbuatan sangka Buruk, Mengumpat, Menjejak keburukan orang lain. Firman Allah swt yang bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Al-Hujurat :12)

-Pemurah. Diantara cara yang dapat mendedahkan kebakhilan seseorang itu ialah dengan caranya membelanjakan wang ringgit. Berapa banyak pangkat dan cita-cita telah runtuh dan hancur kerana kerakusan kepada kebendaan. Kita seharusnya sentiasa bersifat pemurah dan saling menginfakkan harta benda kejalan Allah swt.

-Qudwah Hasanah. Segala tindak tanduk kita mestilah menjadi terjemahan kepada prinsip-prinsip Islam, baik dalam adab tata tertibnya, makannya, minumnya, pertuturannya, pakaiannya, dan mungkin juga seluruh gerak gerinya berlandaskan Islam.Semoga sifat akhlak yang telah digariskan ini kita dapat wujud dan hayati bersama untuk kita jelmakan dalam diri kita dan seterusnya menjadi fardu muslim yang benar-benar berakhlak dengan akhlak islam yang sejati.
Rujukan : kitab Maza Ya'ni Intimai Lil Islam Ust Fathi Yakan
Posted by Salju Putih at 2:44 PM 0 comments

DOA BUAT DIRINYA


*Ya Allah...Bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat untuk menyedari,sedang ia terlalu lemah...

Dan menjadi hamba yang cukup berani menghadapi diri sendiri, sedang dirinya sering berasa takut...

Hamba yang selalu memiliki rasa bangga,dan keteguhan dalam kekalahan,rendah hati serta jujur dalam kemenangan...

Dan bentuklah ia menjadi hamba yang kuat dan mengerti,mengetahui dan mengenali akan diri sendiri adalah dasar dari segala ilmu yang benar...



*Ya Allah...Janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah...bimbimglah ia di bawah lampu dan desak kesulitan tentangan hidup...

Bimbinglah ia supaya teguh berdiri di tengah badai...bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening dengan cita-cita yang meninggi langit...

Seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri sebelum ia memimpin orang lain...seorang hamba yang menjangkau hari hadapan tetapi tidak lupa masa lampau...



*Ya Allah...Dan setelah segala menjadi miliknya...

semoga dia dilengkapi hati yang ringan utnuk bersungguh hati dalam melakukan ketaatan kepadaMu...

Berikanlah kepadanya kerendahan hati...kesederhanaan dari keagungan yang hakiki...fikiran cerah dan terbuka...

bagi sumber kearifan dan kelembutan,dari kekuatan sebenar...Amin Ya Rabbal A'lamin...


".

HAYATILAH DAN LAKUKAN

10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaima keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah
.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab, kerana bahasa arab yang betul adalah satu-satunya syi'ar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap dengan lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui, kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskamlah pelaksanaanya." Subhanaka Rabbana Subhanak "

Fahaman al-Tabdi ancam Ahli Sunnah Wal Jamaah


Oleh Zamihan Mat Zin al-Ghari
TERDAPAT banyak fahaman yang boleh mengganggu gugat proses kelancaran pembangunan yang dicetuskan oleh fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah itu sendiri.
Antaranya ialah fahaman al-Tabdi’.
Fahaman al-Tabdi’ ialah fahaman yang menganggap pihak yang berselisih pendapat dengan mereka sebagai pembuat bidaah. Ini kerana amalan tersebut didakwa tidak dilakukan Nabi s.a.w. dan para sahabat. Lazimnya, isu-isu yang difokuskan melibatkan permasalahan fikah yang bersifat ranting.
Contohnya seperti melafazkan niat solat, wirid, berdoa beramai-ramai, melakukan qunut, menyapu muka selepas solat, bertahlil, membaca Yasin/al-kahfi malam Jumaat, solat Hajat, bertalkin dan lain-lain.
Dalam bab akidah, golongan ini cenderung kepada fahaman mempromosikan ayat mutasyabih secara meluas. Lebih-lebih lagi terhadap nas-nas yang berhubung dengan sifat Allah. Lalu muncullah pendapat yang mengaitkan Allah dengan makhluk atau jisim. Seperti kata-kata : Allah bertangan, berjari, berkaki, bermata, mempunyai rusuk, turun, berpindah, bersila di atas Arasy dan lain-lain.
Apa yang nyata, fahaman seperti ini bertentangan dengan ayat 4 surah al-Ikhlas dan ayat 11 surah al-Syura yang menyifatkan Allah tidak menyerupai segala sesuatu pun. Sekiranya ia disebarkan ternyata menjadi fitnah dalam masyarakat. Dan ini yang berlaku. Lantaran itu, semua institusi agama harus peka dengan permasalahan ini.baca selanjutnya...

KALUNGAN KATA NASIHAT



<>Sahabat jika hari ini aku terlalu gembira,
<>
<>Sedarkanlah aku dengan amaran amaran Allah,
<>
<>Jika aku bersedih tanpa kata,
<>
<>Pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
<>
<>Jika aku lemah tak berdaya,
<>
<>Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
<>
<> Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
<>
<>Ajaklah aku meleraikannya segera,
<>
<>Jka pernah hatimu terluka,
<>
<>Luahkanlah agar aku berubah,
<>
<>Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
<>
<>Iringlah lenaku dengan kalungan doa
<>
<>Berjanjilah sahabat
<>
<>UKHWAH….

Haruskah Kita Terus Berdiam Diri?


Mengapa seseorang yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkn kepercayaanya.....

...tetapi bila seorang muslim berbuat demekian,dia dianggap ekstrim dan

pengganas........


Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada tuhanya.........

...tetapi bila seorang muslimah melakukan begitu,

dia ditekan?


Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya.....

...tetapi bila wanita islam berbuat begitu,mereka kata,

"dia mesti dibebaskan"


Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaanya kerana punyai hak kebebasan....

...tetapi bila seorang wanita muslimah memakai hijab,dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

punyai bakat...

Mengapa bila seorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang,dia dikatakan

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati islam,dia dikatakan tak berguna?


Mengapa bila sesorang kristian atau yahudi membunuh,

agamanya tidak dikaitkan...

...tetapi baru sahaja seseorang muslim didakwa melakukan jenayah,

nama islam turut diadili!!!


Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup,

dia amat disanjungi..

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukanya untuk menyelamatkan diri,keluarga,rumahtangga dan masjidnya dia dikenali sebagai seorang pengganas?


Mengapa bila seorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya,keretanya tidak dpertikaikan....

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan,orang kata ia adalah kerana agama islamnya!!!


Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar,,,

...tetapi selalu persoalkan apa yang terkangdung di dalam Al Quran Al Karim?

Meniti Pujangga Perjuangan


"Kamu tidak akan dikalahkan lantaran sedikitnya bilangan kamu,


lemahnya kelengkapan dan kurangnya peralatan atau banyaknya musuh kamu atau


berhimpunya musuh-musuh menentang kamu,


krana walaupun semua penghuni dimuka bumi berhimpun mensahib kamu,


nescaya mereka semua tidak dapat membahayakan kamu kecuali apa yang


telah ditentukan oleh Allah,


Tetapi kamu akan dapat dikalahkan dengan begitu terk yang mengakibatkan kamu hilang


segala-galanya lantaran satu dapat iaitu apabila hati kamu rosak.


Allah tidak memperbaiki amal-amal kamu,


suara kamu telah berpecah-belah dan fikiran kamu bertentangan diantara satu sama lain,


sebaliknya........


selagi kamu bersatu padu ditambah dengan senantiasa mengikuti jalan ketaatan kepadanya,


berjalan menuju manhaj RedhaNya,


Tidak pernah merasa lemah dan hina,


Maka kamulah umat yang paling tinggi,


Allah bersama dengan kamu yang paling tingi,


Allah bersama dengan kamu,


dan dia tidak akan mensia-siakan amalan dan usaha kamu"

Keindahan dalam pencintaan




Seni Berfikir



* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.


* Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.


* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.



* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.


* Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.


* Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.


Seni Merasa


* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.


* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.



* Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.


Seni Bertindak


* Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.


* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.


* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.


* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata, 'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.