Fahaman al-Tabdi ancam Ahli Sunnah Wal Jamaah


Oleh Zamihan Mat Zin al-Ghari
TERDAPAT banyak fahaman yang boleh mengganggu gugat proses kelancaran pembangunan yang dicetuskan oleh fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah itu sendiri.
Antaranya ialah fahaman al-Tabdi’.
Fahaman al-Tabdi’ ialah fahaman yang menganggap pihak yang berselisih pendapat dengan mereka sebagai pembuat bidaah. Ini kerana amalan tersebut didakwa tidak dilakukan Nabi s.a.w. dan para sahabat. Lazimnya, isu-isu yang difokuskan melibatkan permasalahan fikah yang bersifat ranting.
Contohnya seperti melafazkan niat solat, wirid, berdoa beramai-ramai, melakukan qunut, menyapu muka selepas solat, bertahlil, membaca Yasin/al-kahfi malam Jumaat, solat Hajat, bertalkin dan lain-lain.
Dalam bab akidah, golongan ini cenderung kepada fahaman mempromosikan ayat mutasyabih secara meluas. Lebih-lebih lagi terhadap nas-nas yang berhubung dengan sifat Allah. Lalu muncullah pendapat yang mengaitkan Allah dengan makhluk atau jisim. Seperti kata-kata : Allah bertangan, berjari, berkaki, bermata, mempunyai rusuk, turun, berpindah, bersila di atas Arasy dan lain-lain.
Apa yang nyata, fahaman seperti ini bertentangan dengan ayat 4 surah al-Ikhlas dan ayat 11 surah al-Syura yang menyifatkan Allah tidak menyerupai segala sesuatu pun. Sekiranya ia disebarkan ternyata menjadi fitnah dalam masyarakat. Dan ini yang berlaku. Lantaran itu, semua institusi agama harus peka dengan permasalahan ini.baca selanjutnya...