(Daulah Islamiah) adalah sebuah kerajaan dan satu bentuk kekuasaan (diperingkat dunia) yang berdiri dengan berasaskan kepada Deenul Islam. Malah kekuatannya adalah semata-semata bersumberkan daripada Deen yang suci ini. Disaat Daulah Islamiah berdiri, Islam benar-benar menjadi asas kepada kehidupan. Malah keterikatan umat yang kuat pada Deenul Islam ini telah menjadikan Daulah Islam semasa masih berdiri dahulu telah wujud sebagai satu kuasa dunia yang layak digelar sebagai "raja dunia", (kini kafir barat USA telah merampas kedudukan ini dan kuasa yang mereka perolehi ini telah mereka gunakan untuk kepentingan mereka dan ini telah menyebabkan kemusnahan dunia yang dasyat sekali). Malah dengan berdirinya daulah Islamiah ini, Islam telah tersebar dengan pesat sekali, malah kekuasaannya telah meliputi hampir keseluruh dunia (dalam tempoh tidak sampai satu abad) walaupun disaat awal penubuhannya di Madinah, alat perhubungan hanyalah kuda dan unta. Malahan orang-orang yang hidup di bawah naungannya itu telah berbondong-bondong (beramai-ramai) memeluk Islam, walaupun cara untuk berdakwah hanya terhad kepada penggunaan pen dan pen sahaja. Tetapi dengan kemampatan dan keteguhan negara yang benar-benar berasaskan Islam ini, segala-galanya menjadi tidak mustahil.
Tetapi keteguhan dan kekuatan Daulah Islamiah ini amat dicemburui olah golongan kafir harbi yang sememangnya tidak henti-hanti memusuhi kita kaum muslimin. Tidak henti-hentinya juga mereka berusaha untuk menjatuhkan Islam dan berusaha untuk memadamkan cahaya Islam yang telah Allah turunkan dimuka bumi ini. Tetepi musuh-musuh Islam ini sedar bahawa, adalah sesuatu yang mustahil untuk melemahkan Daulah Islamiah selagi kefahaman Islam itu kekal kuat dan teguh berakar umbi di dalam hati dan pemikiran kaum muslimin. Mereka juga sedar bahawa Daulah Islam ini tak akan dapat diruntuhkan selagi kaum muslimin menjalankan dan melaksanakan syariat Islam itu dengan perlaksanaan yang tepat dan menyeluruh yang bersandarkan dengan Al-Quran dan juga As-Sunnah.