FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KELEMAHAN DAULAH ISLAMIAH

Negara Islam (Daulah Islamiah) adalah sebuah kerajaan dan satu bentuk kekuasaan (diperingkat dunia) yang berdiri dengan berasaskan kepada Deenul Islam. Malah kekuatannya adalah semata-semata bersumberkan daripada Deen yang suci ini. Disaat Daulah Islamiah berdiri, Islam benar-benar menjadi asas kepada kehidupan. Malah keterikatan umat yang kuat pada Deenul Islam ini telah menjadikan Daulah Islam semasa masih berdiri dahulu telah wujud sebagai satu kuasa dunia yang layak digelar sebagai "raja dunia", (kini kafir barat USA telah merampas kedudukan ini dan kuasa yang mereka perolehi ini telah mereka gunakan untuk kepentingan mereka dan ini telah menyebabkan kemusnahan dunia yang dasyat sekali). Malah dengan berdirinya daulah Islamiah ini, Islam telah tersebar dengan pesat sekali, malah kekuasaannya telah meliputi hampir keseluruh dunia (dalam tempoh tidak sampai satu abad) walaupun disaat awal penubuhannya di Madinah, alat perhubungan hanyalah kuda dan unta. Malahan orang-orang yang hidup di bawah naungannya itu telah berbondong-bondong (beramai-ramai) memeluk Islam, walaupun cara untuk berdakwah hanya terhad kepada penggunaan pen dan pen sahaja. Tetapi dengan kemampatan dan keteguhan negara yang benar-benar berasaskan Islam ini, segala-galanya menjadi tidak mustahil.

Tetapi keteguhan dan kekuatan Daulah Islamiah ini amat dicemburui olah golongan kafir harbi yang sememangnya tidak henti-hanti memusuhi kita kaum muslimin. Tidak henti-hentinya juga mereka berusaha untuk menjatuhkan Islam dan berusaha untuk memadamkan cahaya Islam yang telah Allah turunkan dimuka bumi ini. Tetepi musuh-musuh Islam ini sedar bahawa, adalah sesuatu yang mustahil untuk melemahkan Daulah Islamiah selagi kefahaman Islam itu kekal kuat dan teguh berakar umbi di dalam hati dan pemikiran kaum muslimin. Mereka juga sedar bahawa Daulah Islam ini tak akan dapat diruntuhkan selagi kaum muslimin menjalankan dan melaksanakan syariat Islam itu dengan perlaksanaan yang tepat dan menyeluruh yang bersandarkan dengan Al-Quran dan juga As-Sunnah.

MENAHAN MARAH




Assalamualaikum wrt.....

MENAHAN MARAH

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Larangan Jangan Marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

يا الله انت القدوس السلام الكريم


Maali Rabbun Siwah - I Have No Lord but He (Allah)

ما لي رب سوا

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selainMu

غفار يمحو الذنوب
Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penghapus dosa

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selainMu

نور يهدى القلوب
Cahaya yang memberi hidayah kepada hati

يا الله عبد كثرت ذنوبي
Ya Allah hamba ini yang banyak berdosa

زادت حولي كروبي
Bertambah-tambah malapetaka di sekelilingku

منك إليك هروبي
Daripadamu dan kepadamulah jalan keluarku

يا الله لا تحرمني نعيما
Ya Allah janganlah haramkanku syurga Naim

لا تتركني سقيما
Jangan tinggalkanku dalam penderitaan

يا منان الرحيم
Wahai Tuhan Yang Maha Mengurnia lagi Maha Mengasihani

يا الله أنت العلى القادر العظيم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Agung

يا الله أنت السميع البصير العليم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Mendengar,Maha Melihat dan Maha Mengetahui

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selainMu

رب السماء العطوف
Tuhan kerajaan langit, Tuhan Yang Maha Mengasihani

يغفر لمن عصى
Tuhan Yang Mengampuni orang-orang yang berdosa

وهو الحليم الرءوف
Dan Dialah Yang Maha Lembut dan Maha Mempunyai belas kasihan

يا الله رحمن للبرايا
Ya Allah Tuhan yang bersifat Pemurah atas kebaikanku

غفار للخطايا
Tuhan Yang Maha Pengampun kesilapan-kesilapanku

ورجاءي هو هدايا
Dan Dialah tempatku bergantung harap dan Dialah sumber hidayahku

يا الله ارحم ضعفي وحالي
Ya Allah kasihanilah kelemahanku dan keadaanku

فاق الذنب احتمالي
Bertambah dosa yang aku pikul

فاغفرلي يا ذالجلال
Ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Agung

يا الله انت العزيز الغفور الرحيم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani


Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah (SWT) knows.



asslamualaikum w.b.t

Allhamdullilah bertemu kita kembali ke dunia blog dan dakyah.sudah sekian lama ana tidak melihat blog ana.semenjak habisnya fasal awal hingga sekarang nie iaitu 29.7.2007.cube smua kira dah brpa lame agaknya..skrg baru la nak bangkitkan kembali dalam bidang penulisan dan blog nie.ana rasa terpanggil apebila ramai sahabat2 ana yg sudah mule menunjukkan minat pada salah satu cara dakwah iaitu dengan menggunakkan blog.Allhamdullilah satu reaksi y sgt baik.selain kita mempelajari ilmu agama kter jgak bleh menggunakn alam cyber sbg cabang untuk berdakwah..berjuang laa wahai sahabat smua....